Program Kitar Semula

14/5/2018

Kepada :  Semua kakitangan sekolah & pelajar

Menyokong Program Kitar Semula, mulakan dari kantin.

Masalah pemanasan global semakin serius dan penggunaan bekas makanan atau peralatan pakai buang di kantin sekolah dalam kuantiti yang besar. Hal ini menyebabkan masalah sampah sarap semakin serius dan bertentangan dengan amalan kitar semula.

Dengan ini, pihak sekolah menyeru semua orang membiasakan diri melalui pelaksanaan langkah-langkah yang berikut untuk menyokong Program Kitar Semula:

  1. Menggunakan kemudahan kantin sekolah sepenuhnya dengan makan makanan di kantin.

  2. Jika ingin makan makanan di luar kawasan kantin, perlu membawa bekas makanan sendiri dan mengelakkan diri daripada penggunaan peralatan pakai buang.

Mulai 1 Jun 2018, pihak kantin sekolah tidak akan membekalkan bekas makanan pakai buang lagi. Sila berikan perhatian.